top of page
Search
  • Writer's pictureAzmirKhalid

KENAPA NABI SARANKAN ANAK-ANAK BELAJAR BERENANG?


PENTING BELAJAR BERENANG
KELAS RENANG SHAH ALAM

Minggu lepas berkesempatan bertemu dengan Ust Yusra di Pusat Dakwah Darul Murtadha Sungai Petani. Dalam perbualan beliau ada timbulkan satu persoalan.


Nabi pesan untuk ajar anak 3 sukan ini iaitu Berkuda, Memanah dan Berenang. Berkuda dan memanah memang menjadi aktiviti biasa ketika perang di padang pasir dahulu kala, tetapi apa kaitan berenang pula? Persoalan kenapa Nabi kita sarankan untuk ajar SWIMMING?


Balik tu saya pun berfikir panjang dan mencari sumber bacaan untuk saya kaitkan dengan apa yang saya lihat di pusat renang saya ni.

Ini sedikit yang boleh saya kongsikan:


7 kebaikan belajar renang yang berterusan.


1. BENTUK OTAK, EMOSI DAN FIZIKAL YANG SIHAT! Kanak-kanak dan bermain tidak boleh dipisahkan. Atas dasar itu, swimming kami terapkan dengan banyak bermain sambil belajar. Swimming juga akan bantu bentuk imaginisasi yg creative dan bentuk otak yang sihat. Jadi starfish, swim like a rocket dan sebagainya.

Selain itu kelas swimming yang fun juga akan bentuk emosi anak yang lebih stabil dan bantu untuk mereka menyesuaikan diri dimana sahaja.


2. LIFE SAVING SKILL. Kes lemas hari-hari berlaku. Bagi mengurangkan risiko ini, belajar berenang boleh bantu. Pandai berenang itu satu kemestian dah zaman sekarang ni.

Dimana-mana sekarang ada air, pergi dalam shopping mall pun ada water features, balik rumah di condo ada kolam renang dan water features lagi, rumah-rumah teres banyak yang ada kolam ikan. Mana-mana air je sekarang ni.

Pembelajaran dari kecil dan berterusan boleh bantu mereka kawal diri dan memahami bahayanya air.


3. SENAMAN LENGKAP. Memupuk hidup sihat seawal mungkin. Berenang akan bantu bantu kuatkan otot utama serta seluruh badan tanpa mereka sedar. Badan boleh jadi lebih flexible dan bagus dalam mengawal pergerakan (balancing).

Formatioin gabungan pergerakan tangan dan kaki, kiri dan kanan akan bantu aktifkan otak anak-anak.

Jangan risau, tenaga mereka di salurkan ke jalan yang betul.


4. SILATURAHIM Bila pergi kelas berenang, mereka mesti jumpa kawan-kawan baru sambil enjoy waktu kelas yang seronok. Kelas mingguan ini boleh bantu bentuk kemahiran sosial mereka. Belajar komunikasi dan mendengar, belajar sabar dan tunggu giliran.

Ibubapa, jangan risau dan terlalu menekankan anak-anak kena duduk diam dan belajar serius macam di sekolah semasa kelas berenang ye.


5. BINA KEYAKINAN DIRI DAN PERAMAH Keyakinan diri tak boleh dibina dalam sehari, dan semasa kelas renang, guru tak akan kawal ketat apa yang mereka kena buat, tapi beri galakkan dan motivasi supaya mereka boleh capai.

Apabila mereka cabaran-cabaran yang diberi itu mereka dapat capai, secara tak langsung keyakinan diri akan meningkat. Swim teacher akan selalu bagi semangat dan letakkan target yang kecil supaya mereka boleh capai.

Di sini mereka akan dapat stiker pula sekiranya mereka capai misi kelas hari itu. Bestkan?


6. BERDIKARI Dengan belajar berenang, akan bantu anak-anak lebih berdikari. Mereka akan lebih terbuka untuk komunikasi dan tindakan. Berenang memerlukan keyakinan diri yang tinggi dan secara tidak langsung akan bantu membuat keputusan dalam kehidupan seharian mereka.


7. DISIPLIN Islam sangat tekankan disiplin. Berenang perlu ikut syarat yang ditetapkan, walaupun dalam keadaan bermain mereka tetap kena patuhi undang-undang yang ditetapkan demi keselamatan. Dengan latihan yang konsisten, akan bangunkan disiplin dalam diri anak-anak.


Berenang boleh bantu menaikkan segala aspek dalam kehidupan seharian kita.


Jom bina kenangan indah SWIMMING BERSAMA SPLASHTASTIK SWIM SCHOOL.


2,807 views0 comments
bottom of page