top of page
Search
  • Writer's pictureAzmirKhalid

Kencing Tikus Di Air Terjun?


mandi air terjun
demam kencing tikus

Biasa dengar selepas balik dari mandi di air terjun, kena demam di sebabkan kencing tikus. Betul ke tikus kencing kt air terjun tu?

Sebenarnya ‘kencing tikus’ yg dimaksudkan tu adalah bacteria LEPTOSPIRA yg membawa penyakit Leptospirosis. Symptoms penyakit ni seperti demam, pening kepala, sakit sendi-sendi, mata merah dan beberapa lagi.

Bacteria ni bukan semestinya datang dari Tikus, tapi boleh juga datang dari binatang-bintang lain sebagai pembawa seperti lembu, babi, anjing dan haiwan liar lain.

Kenapa dikaitkan dengan air terjun? Sebab bacteria ini akan aktif dalam air. Terutama air suhu tropikal (suam). Bacteria akan tak aktif bila suhu air sejuk dibawah 26 selsius. Jadi, bila mandi air terjun, bagus sekiranya air sejuk.

Tak semestinya bacteria ini hanya terdapat di sungai atau air terjun, tapi aktiviti jungle trecking selepas hujan juga terdedah apabila terkena pada lumpur-lumpur basah.

Bacteria ini boleh masuk ke badan manusia melalui rongga yang terbuka. Selain mulut, mata, hidung dan bekas luka di kulit juga boleh.

Penyakit Leptospirosis ini boleh bawa maut, jadi sekiranya ada gejala penyakit ini terutama selepas balik dari aktiviti air seperti tasik, air terjun, sungai dan jungle trecking sebaiknya terus rujuk dengan doktor.

Penjegahan awal boleh bantu kurangkan risiko parah mahupun maut.

P.s: boleh ke Leptospirosis ni kena di kolam renang?

Boleh! Sekiranya air kolam tak diselenggara dengan baik. Rawatan air yang bagus boleh membunuh bakteria ini. Jadi, pastikan pergi ke kolam-kolam yang mengawal ketat sistem pembersihan dan rawatan air kolam.

1,422 views0 comments
bottom of page