Search
  • AzmirKhalid

Kolam yang wajib pakai swimsuit ni tak ‘islamik’ la!

Dah 2019 kot, tapi masih ada lagi kedengaran orang bercakap macam ni. Apa yang kurang islamiknya bila berpakian swim suit? Zaman sekarang dah ada macam-macam design swim suit yang turup aurat kot.


Bagi yang degil tak pakai swim suit di kolam renang lah sebenarnya tak islamik! Mesti ada yang marah kan?


Baik begini, isu utama sekali kenapa WAJIB pakai swim suit setiap kali ke kolam renang ada 2 sebab.


1. Untuk menjaga kebersihan air. Kebersihan separuh daripada iman kan? Air di kolam tak sama macam di lut atau sungai. Air kolam tak mengalir dan hanya melalui proses filter dan bahan kemikal untuk memastikan air sentiasa bersih dan selamat untuk orang mandi.

Tapi, tshirt seperti kain kapas (cotton) akan selalu bawa habuk, benang tertanggal dan paling teruk warna luntur kena air klorin. Bila benang yg tertanggal masuk ke sistem pump, ianya akan tersangkut dan merosakkan sistem.

Kalau perhatikan, kolam yang ramai memakai tshirt, air akan selalu keruh. Kotor!


2. Demi keselamatan! Kain swim suit dicipta memang untuk kegunaan air. Daya serapan tak sama macam kain kapas. Sebab itu kain kapas tak sesuai untuk bawa berenang. Sebab berat dalam air.

Seluar lagi la kena perhatikan, walaupun renang adalah sukan, tapi jangan la pakai seluar sukan! Haru dibuatnya. Seluar sukan yg tebal tu memang design untuk serap air, makanya bila bawa renang berat dan boleh menyebabkan lemas, tak kisah di kolam, laut atau sungai.

Seluar track yg jenis ringan mcm plastik pun tak sesuai. Jenis ni akan perangkap air di dalam. Boleh menyusahkan untuk kita nak berenang.


Ni 2 sebablah kenapa WAJIB pakai pakaian renang atau swim suit setiap kali anda nak berenang, tak kisah di kolam, sungai mahupun laut.

swimsuit need to wear during swimming


0 views

ADDRESS

No. 31, Jalan Kristal 7/77,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

CONTACT

swim@splashtastik.com

+6012 381 4184

HOUR

Open Mon - Sun

9 a.m. - 6 p.m.

  • Facebook
  • Instagram
  • Youtube
  • WhatsApp
© 2019 by Splashtastik Sdn. Bhd.