top of page
Search
  • Writer's pictureAzmirKhalid

BARU BELI SWIMSUIT BULAN LEPAS, DAH ROSAK!

Updated: Mar 6, 2019

Selepas posting berkenaan pentingnya pakai swimsuit ketika berenang, ada saya terima aduan yang mereka penat beli swimsuit ni sebab cepat sangat rosak. Baru pakai beberapa kali, baju dah memberi (stretched)

Baik, ini tips boleh cuba untuk memanjangkan hayat swimsuit (lycra) anda.

1. Jangan perah guna tangan! Selepas selesai berenang, bilas pakaian renang dengan air paip, tapi selepas itu cukup sekadar tekan-tekan sedikit bagi air keluar. Terus sidai. Jangan di pulas perah baju renang tu kuat-kuat.

2. Jangan basuh dalam mesin basuh baju. Nanti masa spin, boleh meregangkn kain baju. Sabun basuh baju juga boleh memberi impak pada kain swimsuit.

3. Jangan dijemur bawah matahari. Sebaiknya jemur di bawah atap yang tak kena matahari secara terus.

4. Tunggu sehingga swimsuit betul-betul kering sebelum nak guna sekali lagi.

5. Cuba cari swimsuit dari fabrik PBT (polybutylene terephthalate) atau extra life lycra. Jenis fabrik ini lebih tahan berbanding yang biasa.

P.s: Share pada kawan-kawan lain supaya boleh jimatkan duit dari beli swimsuit baru je.


287 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page